July 19, 2010

Nasi Pilaf Sayur Berkacang



Bahan-bahan:

2 cawan beras basmati
1 cawan santan
1 1/2 cawan air rebusan ayam
400 gm labu kuning - potong dadu dan rebus hingga empuk
2 biji terung panjang - potong dadu dan rebus hingga masak
125 gm putik jagung - belah dua
3 biji tomato - buang biji dan cincang
1 cawan kacang tanah - panggang
1 tangkai daun ketumbar - hiris halus
Garam secukup rasa

Bahan-bahan Menumis:

50 gm minyak sapi
2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1.2 sudu buah pelaga
2 sudu kecil biji sawi
2 cm halia - dicincang
2 ulas bawang putih - dititik
4 ulas bawang merah - dimayang

Cara Menyediakan:

1. Bersihkan beras dan tuskan.

2. Panaskan minyak sapi dan masukkan bahan-bahan menumis. Kacau hingga berbau harum dan masukkan beras. Kacau selama lima minit dengan api yang perlahan.

3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan santan. Biarkan mendidih.

4. Bila nasi kering, tutup periuk dan biarkan hingga nasi masak.

5. Masukkan sayur-sayuran yang direbus, tomato, kacang tanah dan daun ketumbar. Gembur hingga rata dan hidangkan.

Semalam berbuka dengan Nasi Pilaf Sayur Berkacang. Yummmmmm .... sedap, tapi lauk tak lengkap kerana kesuntukan masa memasak, maka hanya Nasi Pilaf Sayur saja yang siap. Alhamdullilah syukur... rezeki itu yang ada... InsyaAllah hujung minggu masak yang lebih lengkap. Masa memasak jam 6.30 ptg. termasuk cari bahan. Waktu berbuka 7.30 mlm. Buka puasa dgn kurma, sembahyang magrib baruuu ... la makan...

No comments:

Post a Comment