July 26, 2010

NISFU SYA'ABAN

Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Isnin malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), 26hb Julai, 2010(selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1430H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 26 Julai 2010)

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 26 Julai 2010)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur di dalam kebajikan

ii) Selepas Yasin kedua : mohon dimurahkan rezeki yang halal

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman &
pohonlah segala yang baik-baik

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (hari Selasa 27 July)

July 21, 2010

Tunggu Duit Raya


Kenangan Manis Masa Lalu




Masa masa yang berlalu tidak akan dapat diulang.. yang lalu akan tetap berlalu.. yang lama tetap akan jadi kenangan

Minggu Setiausaha - Ning Baizura




Terima kasih Sarimah..

Akan Terbang



Cita-cita tinggi untuk terbang tinggi....

Bagan Lalang - Jalan Jalan Cari Makan





Bosan la ... lambat makanan sampai.. dah lapar ni....

PUDING LAICI




Bahan-bahan:

10 gm agar-agar serbuk
2 gelas air
1 gelas gula
2 biji telur - asingkan putih dan kuning
1/4 tin laici
Sedikit perisa laici
Sedikit ceri merah

Cara Menyediakan;

1. Pukul kuning telur hingga kembang. Ketepikan.
2. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih.
3. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
4. Masukkan susu cair dan perisa laici, kacau sebati dan biar mendidih, kecilkan api.
5. Sementara itu, pukul putih telur hingga gebu, masukkan ke dalam adunan agar-agar dan angkat.
6. Susun ceri di dalam bekas, tuangkan adunan agar-agar. Biarkan sejuk.
7. Setelah sejuk, keluarkan daripada bekas dan tuang buah laici dan jusnya ke bahagian tengah puding.

Hmmmmm sedap... nak buat la....

July 20, 2010

ALHAMDULILLAH SYUKUR

Alhamdullilah syukur, semalam Lutfi tak pergi pratikal(Selasa) LI... demam... pergi klinik.. dan balik, Dr bagi ubat.. Jururawat kata buat sup ketam... Petang balik kerja ada sup atas meja makan (Sup Ketam)... dalam sakit sakit dia sempat beli ketam... buat sup. Dr minta esok (Rabu) pergi lagi klinik untuk ambil darah... Jam 11.30 pagi (Rabu) suami telefon... Ani.. kita pergi klinik.. Lutfi di masukkan air, mungkin Demam Denggi... Ok jam 12.45 boleh pergi.. Hari ini banyak pulak kerja.. bos minta buat surat.. sambil tu telefon tak henti henti untuk book tarikh mesyuarat bos..., tanya pasal surat.. pasal minit bebas.., dah tt ke belum.. dan macam-macam lagi... Bos balik meting cepat pulak.. nak keluar ni pergi klinik tengok Lutfi... siap-siap kan kerja yg boleh disiap... Tut tut tut... Lutfi telefon... dah balik rumah.. katanya, kejap aje masukkan air... syukur.. leganya.. harap harap dan mudah-mudahan cepatlah pulih demam Lutfi. Tak jadi nak pegri klinik... SYUKUR... Teruskan kerja ....

July 19, 2010

Nasi Dagang Jagung


Bahan-bahan:

2 cawan beras
1/4 kg daging
1/2 cawan jagung
2 sudu minyak sapi
2 biji buah tomato
Seulas bawang besar
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
4 cm halia muda
4 ulas bawang putih
3 sudu serbuk kari
1/3 cawan susu cair
1 mangkuk cendawan tiram
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Potong daging empat segi, anggaran 4 cm tebal. Tumbuk halia dan bawang putih. Hiris bawang besar.

2. Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar, bunga lawang dan kayu manis. Biar sedikit garing dan masukkan serbuk kari dan daging.

3. Tumis daging biar sampai empuk, masukkan dua cawan air dan biarkan mendidih lima minit. Masukkan juga garam dan gula.

4. Masukkan jagung dan susu cair. Kemudian tuangkan beras, kacau rata dan tanak nasi biar sampai air mendidih, kecilkan api. Belah buah tomato dan masukkan ke dalam nasi yang mendidih.

5. Tunggu sehingga nasi masak. Kemudian buatkan lubang di tengah nasi dan masukkan cendawan. Tutup periuk dan biarkan hingga nasi masak dan kering.

Nota: Jika gunakan beras basmati, sukatan beras dan air hendaklah sama. Manakala bagi beras biasa, air hendaklah dilebihkan setengah cawan.

Hari ini buka puasa dengan nasi Dagang Jagung ..... macam sedap ... nak buat petang ni...

Nasi Pilaf Sayur Berkacang



Bahan-bahan:

2 cawan beras basmati
1 cawan santan
1 1/2 cawan air rebusan ayam
400 gm labu kuning - potong dadu dan rebus hingga empuk
2 biji terung panjang - potong dadu dan rebus hingga masak
125 gm putik jagung - belah dua
3 biji tomato - buang biji dan cincang
1 cawan kacang tanah - panggang
1 tangkai daun ketumbar - hiris halus
Garam secukup rasa

Bahan-bahan Menumis:

50 gm minyak sapi
2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1.2 sudu buah pelaga
2 sudu kecil biji sawi
2 cm halia - dicincang
2 ulas bawang putih - dititik
4 ulas bawang merah - dimayang

Cara Menyediakan:

1. Bersihkan beras dan tuskan.

2. Panaskan minyak sapi dan masukkan bahan-bahan menumis. Kacau hingga berbau harum dan masukkan beras. Kacau selama lima minit dengan api yang perlahan.

3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan santan. Biarkan mendidih.

4. Bila nasi kering, tutup periuk dan biarkan hingga nasi masak.

5. Masukkan sayur-sayuran yang direbus, tomato, kacang tanah dan daun ketumbar. Gembur hingga rata dan hidangkan.

Semalam berbuka dengan Nasi Pilaf Sayur Berkacang. Yummmmmm .... sedap, tapi lauk tak lengkap kerana kesuntukan masa memasak, maka hanya Nasi Pilaf Sayur saja yang siap. Alhamdullilah syukur... rezeki itu yang ada... InsyaAllah hujung minggu masak yang lebih lengkap. Masa memasak jam 6.30 ptg. termasuk cari bahan. Waktu berbuka 7.30 mlm. Buka puasa dgn kurma, sembahyang magrib baruuu ... la makan...

WA

Birthday Aen




Masyitah



July 18, 2010

KEK LAPIS DEWI




Bahan-bahan:

625 gm mentega (2 1/2 ketul)
175 gm tepung red rose atau superfine
350 gm gula halus
20 biji kuning telur
5 biji putih telur
1 sudu kecil cream of tartar

Bahan Lapis:

Buah-buahan campuran

Cara Menyediakan:

1. Sediakan tiga bekas yang berasingan. Satu bekas diputar mentega sehingga kembang, bahagikan mentega kepada dua bahagian.

2. Satu bekas diputar kuning telur dan 300 gm gula halus sehingga kembang.

3. Manakala satu bekas lagi diputar putih telur, 50 gm gula halus dan cream of tartar sehingga gebu memutih.

4. Setelah ketiga-tiganya siap diputar, masukkan separuh adunan kuning telur ke dalam satu bahagian mentega, kacau dengan senduk kayu sehingga sebati (cepat dan seketika sahaja).

5. Kemudian masukkan separuh bahagian adunan putih telur, kacau perlahan dan masukkan sebahagian tepung yang telah diayak.

6. Masukkan baki mentega, kacau seketika.

7. Masukkan pula baki adunan kuning telur, kacau seketika.

8. Akhir sekali masukkan baki putih telur, kacau sebati.

9. Sendukkan sedikit adunan, leserkan pada acuan empat segi.

10. Bakar pada api atas bawah sehingga masak, leserkan sesenduk adunan lagi, kali ini bakar pada api atas sahaja selama tiga minit.

11. Ulangi sehingga lima kali proses melapis.

12. Masuk lapisan keenam, setelah dileserkan adunan, tabur buah-buahan campuran. Bakar pada api atas sahaja.

13. Lakukan proses yang sama sehingga habis, tetapi untuk setiap lapisan, jangan lupa taburkan buah-buahan campuran.

14. Untuk lapisan paling atas, bakar pada api atas dan bawah sehingga kekuningan.

Ikan Kaloi


AHMAD ZULKARNAIN, AHMAD ZULFAHMI & AHMAD ZULKHAIRI





Ahmad Zulkarnain anak no sepuluh, ZulFahmi no lapan, Zulkhairi no sembilan... mereka lahir dlm pasa ke tiga... mereka ni lah yang menceriakan lagi di usia seterusnya... alhamdullilah kehidupan ceria, mencabar, tertekan pun ada.. seronok.. dan macam-macam rasa, suka, duka, gembira, teruja.. semoga mereka akan berjaya dunia dan akhirat... Banyak cabaran, rintangan, dugaan dalam membesarkan anak-anak... kini harapan agar semuanya berjaya dalam bidang masing-masing...

HARI JADI FAHMI






SEMOGA AKAN MENJADI ANAK YANG BERJAYA.. SOLEH.. BERKERJAYA.. DLL YANG BAIK-BAIK SAJA INSYAALLAH... AMIN

TINGGAL KENANGAN


Lutfi - Konvo






Ahmad Fikri - Konvo UiTM



Fikri.. pada hari konvokesyen di UiTM Shah Alam... Sangat-sangat teruja kerana yang pertama konvo dalam keluarga.... Insyaalah semoga berjaya ....

Ahmad 'Afif - Konvo


July 16, 2010

ADAB MINUM

disunnahkan sering minum susu(tirmidzi)

di anjurkan berkumur kumur setelah minum susu karena terdapat lemak di dalamnya(bukhari)

ketika diberi minuman susu,sunnah berdoa: "allahumma bariklanaa fiihi wazidna minhu" artinya : ya Allah,berkahilah kami padanya,dan tambahkanlah kami darinya(tirmidzi)

sunnah meminum air zam zam sambil berdiri menghadap kiblat(muttafaqun alaih)

haram meminum di atas gelas emas atau perak(bukhari,muslim)

jangan minum dengan sekali teguk,seperti unta minum,disunnahkan tiga kali tegukan,itu akan lebih menyehatkan(muslim,tirmidzi,nasa'i)jangan minum ditempat retaknya gelas(muslim,ibnu majah)

jangan bernafas di dalam gelas ketika minum,jika ingin bernafas,jauhkan gelas dari mulut(bukhari,muslim,tirmidzi)jangan meniup air minum,walaupun air panas(muslim,tirmidzi)

janan meminum langsung dari tempat minum atau teko atau sejenisnya(bukhari,muslim)

Di anjurkan minum sambil duduk,jangan sambil berdiri,jika minum sambil berdiri dianjurkan untuk memuntahkannya dan disunnahkan minum dengan menggunakan tangan kanan(muslim)

di anjurkan minum dimulai dengan membaca basmalah dan di akhiri dengan hamdalah(tirmidzi)

disunnahkan mendahulukan pembagian minuman kepada yg sebelah kanan lebih dahulu(bukhari,muslim)*yg membagikan minum sebaiknya yg terakhir minum(muslim,tirmidzi,nasa'i)

di anjurkan melihat ke dalam air minum lebih dahulu sebelum meminumnya. Jangan sampai ada sesuatu yg berbahaya terminum.jika ada lalat masuk ke dalam air minum. Maka tenggelamkan lalu buang lalatnya dan minum airnya. Disunnahkan meninggalkan minuman dalam keadaan tertutup,jika darurat cukup letakkan batang kayu di atasnya(bukhari,muslim)

AYAT AYAT REZEKI

Bismillahirahmanirohim
Allahumma inni Asaluka ilma nafian wa rizqon wasian wa syifaan min kulli dain

Ya Allah, aku memohon pada Mu ilmu yang manfaat, rezeki yang luas dan obat dari segala penyakit

Ayo....
Ayo kita berkata baik, ayo kita memberi berkah dan manfaat kepada orang lain, ayo kita menanam benih kebaikan, ayo kita mendekat kepada Allah, ayo kita mencoba sebisa mungkin mengikuti sunnah Nabi Saw....Karena apa!!!! karena apapun bentuknya akan ada balasannya kelak. Yang buruk dibalas buruk begitu pula yang baik.......


Renungan Hadist
“Bacalah Al-Qur’an, karena sesungguhya pada hari kiamat nanti ia akan datang untuk memberi syafaat (penolong) bagi para pembacanya (yang mengamalkan).” (HR. Muslim)


I. Apa Kata Mereka Tentang Al-Qur’an

Utsman bin Affan ra, “Andaikata hati kalian itu bersih, maka tidak akan pernah kenyang dari kalam Rabb (ingin selalu membaca Al-Qur’an).”

Ibnu Mas’ud ra, “Barangsiapa ingin mengetahui apakah ia cinta kepada Allah (atau tidak), hendaknya mengukur dirinya dengan Al-Qur”an. Jika ia cinta kepada Al-Qur”an (selalu membacanya), berarti cinta kepada Allah, karena Al-Qur’an adalah kalam Allah.”

Khabab ra, “Mendekatlah kepada Allah semampumu! Ketahuilah jalan yang paling disukai oleh Allah untuk mendekat pada-Nya adalah membaca Al-Qur”an.”


II. Pengalaman Pribadi

Hampir 23 tahun yang lalu, ketika saya masih mondok di Madrasatul Qur’an, Tebuireng Jombang. Guru kami, Almarhum, Kyai Yusuf Mahsyar seorang hafidz Qur’an (hafal 30 juz) selalu memerintahkan santrinya setiap malam senin malam dan kamis malam untuk selalu membaca 3 surat. Surat Yasin, Surat Ar-Rahman dan Surat Al-Waqiah.
”Pak kyai kan nggak punya uang untuk mbangun pondok ini! Sosok kyai yang ikhlas dalam mengabdi untuk mendakwahkan syiar Islam. Tidak ada bayaran, semua fasilitas tersedia, perpustakaan lengkap, bahkan di waktu tertentu, sang kyai menjamu para santrinya.
Uangnya dari mana!! “Kenapa sih kok terus menerus baca 3 surat itu!!! Emang nggak ada yang lain!!”Nah inilah pegawai Allah, mereka tidak pernah berhenti meminta kepada Allah. Madrasatul Qur’an, yang sekarang megah berdiri di area seluas 5 hektar itu hanya dibayar dengan 3 surat itu saja. Yah hanya 3 surat itu saja!! Uang mengalir dari sana sini, tanpa ada pembebanan pada santri. Masya Allah, begitu besar karunia Allah, begitu ikhlas nya sang kyai, dan ternyata Allah mau membantu orang yang berjuang di jalan-Nya.
Yah udahlah nggak perlu dijelaskan dalilnya disini tentang fadhilah keutamaan membaca 3 surat itu, dan bukan berarti surat yang lain tidak berharga dibanding ayat itu.
No..no…baca Qur’an jelas menjadi prioritas, tapi yah…ada wirid mingguan dari sebagian surat Al-Qur’an gitu loch…

III. Semua Serba Sebelah Kanan

Ketika kami meginjakan kaki pertama kali tanah suci tahun 93, ada pelajaran berharga yang saya dapat. Cuman dua saja, dan ini sangat berarti dalam rihlah ilmiah selanjutnya. Yah nama nya anak muda yang makan seenaknya sekali waktu saya makan dengan tangan kanan dan kemudian mengambil gelas minuman dengan tangan kiri.
Tiba-tiba seorang teman, kebetulan lulusan salah satu universitas di Madinah bilang, “ Coba deh makan dengan tangan kanan.” Kan tangan saya di pake makanan. Kan nantinya gelasnya kotor dengan nasi. “Coba kamu minum dengan tangan kiri sambil menempelkan tangan kanan, agar pahala sunnah dapat.” “Kenapa sih kok terus menerus baca 3 surat itu!!! Emang nggak ada yang lain!!”
Nah inilah! Ternyata pola hidup mencontoh Nabi Saw, dalam artian kehidupan keseharian dimulai yang paling sederhana. Yaitu memulai semuanya dari sebelah kanan, makan dengan tangan kanan, pake sepatu/sandal pake kaki kanan dll.
Kita bisa melakukannya dari yang kecil saja, yaitu tadi, semuanya serba sebelah kanan. Apa pentingnya? Apa untungnya? Yang jelas pasti ada pahalanya…dan pastinya ada keberkahan di balik itu.
Bukankah hal yang besar dimulai dari yang kecil dulu???? italics

July 14, 2010

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.” Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.”
(Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

KEUTAMAAN SYAABAN: Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.” Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi
yang bermaksud:

“Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan
juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan
menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada
sakit-sakit.”

Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.” Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa
berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan
berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.”

Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN?

1.Memperbanyakkan puasa sunat:

i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.

iii Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya
Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.

iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.) v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”

2. Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw: Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

3. Bertaubat: Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.

MALAM NISFU SYAABAN:

Malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab. Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib. Nifsu Sya’aban Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya’aban, malam)
Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya’aban, 14 Sya’aban-selepas magrib)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik….Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya’aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x 4. Berpuasa pada siangnya Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya’aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga. 2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima
taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Malam nisfu Syaaban juga dianggap hari raya Malaikat, begitu juga malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhari raya pada siangnya dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.

Allah akan mengampunkan dosa pada malam nisfu Syaaban kecuali kepada enam orang (golongan): Orang yang kekal minum arak
Orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa
Orang yang kekal dalam zina
Orang yang banyak berkelahi
Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta
Orang yang memperlagakan orang lain supaya berkelahi

Wallahua’alam JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA’ABAN INI DENGAN
AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH
KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA BERTEMUKAH KITA DI SYAABAN TAHUN HADAPAN… INSYALLAH

RESEPI

KUEH SERIMUKA


Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan + warna hijau
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad
1 biji telur
1 sudu kecil garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.
DURIAN BELANDA PENAWAR SEBENAR KANSER

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat daripada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai ‘Graviola’, di Sepanyol ‘Guanabana’ bahasa Inggeris dipanggil ‘Soursop’. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh ‘pohon ajaib’, yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya.
Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.
Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.
Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahawa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.
“Harap dapat kirimlanjutkan (Forward) artikel diatas kepada teman-teman dan insan tersayang yang anda kasihi sebagai satu amalan kebajikan dan sumbangan ikhlas dari anda untuk mereka semua”.
-SusuDotMy-
………………………………………………………………………………………………………………

July 12, 2010

Surah Al-Waqi'ah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.” Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady) Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali.

Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.

Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya “Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali. Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

Hari Jadi Aie ke 11

Selamat Hari Lahir


Hari Raya

Jauh Berjalan Luas Pemandangan


Kerja, sekolah, kerja, sekolah... sekali sekali tukar angin jalan-jalan. Tengok tempat orang... otak tak beku...