August 11, 2010

cara-cara untuk banyakkan susu badan, antaranya:

1. Sentiasa gembira dan tenang. Ingatlah bila stress kita akan depress hormon susu ni. kena selalu happy

2. Jauhi stress. Eh, sama je macam no 1 kan Jauhi stress dan punca stress. Kalau rasa kerja kita stress, mungkin kita perluka time out sesekali.

3. Banyakkan direct feeding. Bila baby ada dengan kita, tak perlu nak berikan susu dalam botol. Walaupun kita bawa baby keluar, pakailah baju yang sesuai untuk menyusu, (contohnya Bling Buubies :D). Tak perlu susah2 nak kena pam, bawa susu, panaskan semua… atau pun boleh pakai nursing cover.

4. Kerapkan menyusu di waktu malam. Ada ibu yang taknak bangun malam, dia sediakan EBM so that suami boleh bangun dan susukan baby. This is not a good practise. Rangsangan pada waktu malam adalah yang terbaik kerana hormon prolaktin di tahap tertinggi. Susukan bayi anda pada waktu malam. Jangan berkira sangat, suami boleh tidur sedap2, kita kena bangun susukan anak… Ibu yang bangun malam untuk anak, pahalanya berganda2. Nak tidur ke nak pahala?

5. Ambil makanan yang tinggi vitamin B, atau ambil supplement termasuk B Complex. B Complex berfungsi untuk melancarkan sistem saraf, menstabilkan hormon, mengurangkan stress… Sekaligus mengurangkan potensi hormon stress untuk mengganas. Bila hormon stress rendah, hormon oxytocin akan meningkat, sekaligus membanyakkan susu badan.

Makanan penambah susu memang banyak. Tapi, tiada gunanya makan macam2 milk booster kalau tiada rangsangan i.e. hisapan baby dan pam.

No comments:

Post a Comment