June 30, 2010

Untuk Kecantikan Kulit

Catatan ini hanya untuk suka-suka saja. Bak kata orang sembang Kedai Kopee. Sedang sembang-sembang kekawang sembang pasal kecantikan kulit. Org perempuan apa lagi, mesti suka... Kulit wajah yang sihat mencerminkan pola pemakanan yang sihat, cukup dgn diet dan nutrisi seimbang.

Diet Untuk Kulit Halus

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna oren, merah atau hijau tua seperti labu kuning, lobak merah, ubi jalar, tomato dan bayam. Amalkan setiap hari. Bahan makan ini mempunyai zat beta karoten iaitu sejenis antioksidan yang dapat menghalang aktiviti radikal bebas yang menjadi penyebab kulit berkerut.

Diet Cegah Kerosakan Kulit

Agar kulit sihat pakar menasihatkan untuk mengambil coklat gelap, biji bunga matahari serta teh hijau. Biji bunga matahari mengandungi Vitamin E. Choklat gelap dan teh hijau mengandungi polyhenols, iaitu camporan bahan semulajadi yang mampu mengendalikan sat penyambung kepda radang.

No comments:

Post a Comment